About
Lucan mula didiami oleh orang Melayu Malaysian sejak 1990an lagi. Walau bagaimanapun, ia menjadi tarikan sejak tahun 2004.
Pada tahun 2006, terdapat sekurang-kurangnya 14 keluarga mendiami Lucan.Walaupun dekat atau berjiran, amat jarang kita dapat berjumpa kerana pelbagai masalah seperti kesuntukan masa, tidak kenal mengenali dan lain-lain.
Memandangkan komuniti yang semakin besar, pentingnya ada secara tersusun untuk saling ingat-ingati dan tolong-menolong.
Pada 25hb March 2006, hasil mesyuarat bersama yang disertai oleh 10 keluarga , tertubuhlah ‘Kampung Lucan‘. Keahlian terbuka kepada Melayu Muslim Malaysian yang tinggal di Lucan dan kawasan berhampiran seperti Celbridge, City West.
Antara tujuan awal penubuhan adalah termasuk :
mengumpulkan dan menyimpan profile kampung
merapatkan ikatan sesama jiran
mewujudkan rasa kebersamaan / semangat kejiranan
medan untuk kita berbincang dan bertukar pendapat
media perhubungan / badan perantaraan
sebagai tempat rujukan untuk mengambil tahu isu semasa dan menyampaikan kepada ahli kampung
merancang kegiatan kampung dari segi sosial, rohani dan fizikal
Jika diimbas kembali, cadangan aktiviti yang dipersetujui pada 2006 termasuk
badminton untuk lelaki di Griffin Sport Centre
senam robik bagi wanita setiap ahad petang
menyeleraskan tugas penghantaran anak-anak ke kelas mengaji setiap ahad
bacaan quran/tahlil bergilir-gilir dari rumah ke rumah setiap 2-3 minggu
Hari Keluarga
aktiviti amal contih kutipan derma untuk tragedi/malapetaka seluruh dunia atau di Malaysia
ceramah agama contoh kursus fiqh
Sesungguhnya masa berlalu, ada di antara aktiviti di atas masih berjalan, tetapi yang pastinya aktiviti kampung menjadi semakain mantap. Ahamdulillah, setakat ini Kampung Lucan mempunyai:
Kelas Kenali Islam (KKI) buat anak-anak setiap Jumaat petang
Kelas Kenali Islam buat ibu dan bapa (berselang setiap Rabu malam)
Tabung Khairat Kematian ditubuhkan pada tahun 2009 berikutan dari Kursus Pengurusan Jenazah.
Bulan Ramadan kita hiasi dengan tadarus al-Quran, iftar jamaie dan terawih.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha berserta takbir
Sumbangan untuk iftar dan korban serta derma untuk kemanuasian
Kampung juga menjemput para ustaz, Mufti Lucan untuk hadir ke program kampung bagi pengisian rohani.
Kelab Kembara
Jawatan Kuasa Kampung Lucan 2013
Ketua Kampung: Dr. Abdul Haffis Abdul Aziz
Tok Imam : Dr. Muhammad Tariq Zafri Zainal
Setiausaha: Dr. Zarina Mokhtar aka Ina Haffis
Bendahari : Encik Ardy Neyzam Ali
AJK Kebajikan: Muslimin En. Kamaruzaman Abdul Manan (Abg Man)
Muslimat Dr. Nor Azlia Abdul Wahab (Azie Kuyie)
Official jurugambar: Encik Naz
Perlu diingat, Kampung Lucan adalah ‘non-profitable organisation’ dan tidak mempunyai sumber kewangan. Keseluruhan aktiviti adalah sumbangan dari Jawatan Kuasa dan sumbangan dari ahli sendiri. Pastinya, banyak lagi yang perlu diterokai dan penambahbaikan yang perlu diadakan. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada Jawatan Kuasa Kampung dan juga ahli kampung untuk bersama-sama menjayakan dan memakmurkan kampung, ameen.
Ina Haffis
