Surah Al-‘Asr Ayat 1-3:
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan amal salih dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menepati kesabaran”
News
Upcoming events
-

Family Day
12th July 12:00-3:00PM
Glendalough
Inviting Everyone to enjoy the beautiful scenery and to strengthen our Ukhuwah.
You are welcome to join us. The more the merrier. InsyAllah
RSVP to Dr Ina for details
Khidmat Kampung
KKI anak-anak
KKI ataupun Kelas Kenali Islam Anak-Anak ini lahir dari keperluan semulajadi iaitu perlunya pendidikan Islam buat anak-anak kita.
Firman Allah yang bermaksud,
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”
(Tahrim:6)
Pada awalnya hanya ada satu kelas sahaja yang diterajui oleh Ustazah Hartini Ishak. Setelah beliau pulang, KKI ini diambil alih oleh Dr. Azizah Osman. Pada tahun 2010, semakin ramai anak yang hadir di KKI, kelas telah dibahagi dua dan dibahagi 5 pada sesi 2012/13.
Bagi sesi 2013/14 ada 4 kelas. Laa Hawla wa Laa Quwwata illaa Bi-llaah.
Tahap kelas dan tenaga pengajar Sesi 2013/14
Junior : Dr. Azizah Osman
Intermediate: Puan Aniza Mohamed dan Puan Norapidah Sabli
Senior Boys: Dr. Abdul Haffis Abdul Aziz
Senior Girls: Dr. Nor Adela Zaa’ba aka Dela
Di bawah adalah maklumat yang diberikan kepada ibu-bapa dan anak-anak yang menyertai KKI. Ia ditulis di dalam bahasa Inggeris untuk memenuhi keperluan anak-anak.
Our ethos
Semi-formal Islamic learning environment
Our objectives
To provide basic Islamic knowledge/understanding to children appropriate to the age group
To encourage the learning of Islamic knowledge and values in a semi formal environment
To continuously create awareness to children about what it means to be a Muslim
To instill a sense of belonging to the children of Kampung Lucan that Islam is their religion, being practiced by family and friends
To create a happy learning environment for children
Daftar masuk ke KKI Anak dibuka sepanjang June hingga July. Kemasukan hanya setahun sekali bagi memudahkan proses pengajaran. Bagi yang ingin mendaftar untuk KKI Anak 2014/15, sila hubungi Ina Haffis
Ina Haffis
Setiausaha Kampung Lucan
Tabung Khairat Kematian
“Setiap yang bernyawa pasti merasai mati”
[Ali Imran: 185]
Tabung ini ditubuhkan pada March 2009 hasil dari mesyuarat ahli kampung pada 14 Februari tahun yang sama. Tujuan penubuhan tabung ini adalah sebagai ruang untuk mewujudkan sifat tolong-menolong untuk menanggung kos pengkebumian di Ireland.
About
Lucan mula didiami oleh orang Melayu Malaysian sejak 1990an lagi. Walau bagaimanapun, ia menjadi tarikan sejak tahun 2004. Pada tahun 2006, terdapat sekurang-kurangnya 14 keluarga mendiami Lucan.Walaupun dekat atau berjiran, amat jarang kita dapat berjumpa kerana pelbagai masalah seperti kesuntukan masa, tidak kenal mengenali dan lain-lain. Memandangkan komuniti yang semakin besar, pentingnya ada secara tersusun untuk saling ingat-ingati dan tolong-menolong.
